Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia baru-baru ini untuk mengekalkan kadar faedah yang stabil.
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar US daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata carta teknikal masih menunjukkan bahawa dolar USD/MYR secara amnya neutral, menunjukkan bahawa ringgit boleh mengekalkan dagangan dalam julatnya.
“Oleh itu, USD/MYR diunjurkan antara RM4.41 dan RM4.42 memandangkan pasaran menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam esok (waktu Malaysia),” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata konsensus menjangkakan teras IHP AS masing-masing berada pada 2.9 peratus dan 3.2 peratus pada Februari daripada 3.0 peratus dan 3.3 peratus pada Januari.
"Inflasi yang lebih rendah akan menjadi positif untuk ringgit kerana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mungkin berhasrat untuk menurunkan kadar faedah untuk menyokong ekonomi," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0052/0105 daripada 3.0013/0039 ketika ditutup pada Isnin, bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6908/7004 daripada 5.7080/7125 dan menokok berbanding euro kepada 4.7908/7990 daripada 4.7992/8030 sebelumnya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.0272/0585 daripada 13.0777/0943 pada penutupan Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3156/3215 daripada 3.3211/3242 ketika ditutup semalam.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 270.0/270.6 daripada 270.0/270.3, ia juga tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.70/7.72 daripada 7.70/7.71 sebelum itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial