KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa ASEAN harus terus membangunkan instrumen yang memudahkan pelabur asing untuk memahami dan melabur di rantau ini walaupun terdapat keadaan pasaran berbeza di setiap negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
"Setiap negara mesti mengiktiraf perkembangan yang berbeza dan hak kedaulatan masing-masing.
"Dalam pasaran modal kami, kami mencari titik persamaan," katanya dalam sesi bertajuk "Dinamisme ASEAN: Memanfaatkan Peluang dan Mengemudi Peralihan" sempena Forum Ekonomi Malaysia 2025, di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya jika ASEAN dapat mencapai perkara ini, pelabur asing akan melihat ASEAN sebagai sebuah kumpulan dengan piawaian yang sama.
“Kami mula memacu pasaran modal bersama melalui perbincangan yang memberi tumpuan pada piawaian, taksonomi dan bahasa.
“Hasilnya, pelabur asing melihat kami sebagai satu kumpulan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial