KOTA BHARU, 14 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas balak, mesin dan kayu yang diproses secara haram dianggarkan bernilai RM8.22 juta di Kampung Bukit Tunku, Pasir Mas pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan di sebuah kilang kayu telah menemukan 13 longgokan kayu pelbagai saiz dan spesies, 128,000 batang kayu sudah diproses serta beberapa mesin memproses.
Beliau berkata kilang itu didapati beroperasi tanpa lesen sah dari Jabatan Perhutanan Kelantan.
“Pemilik kilang itu lelaki berumur 45 tahun dipercayai menjual kayu berkenaan ke pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata suspek serta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pasir Mas dan jabatan perhutanan negeri untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial