AM

Mangsa Banjir Di Sabah Semakin Berkurangan Malam Ini

12/03/2025 09:10 PM

KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,564 orang daripada 889 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan susulan bilangan mangsa di PPS Membakut yang bekurangan, sekali gus menjadikan keseluruhan 123 mangsa daripada 47 keluarga masih ditempatkan di lima PPS.

“Direkodkan di Beaufort masih kekal 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS dan Tenom 466 orang daripada 200 keluarga di sembilan PPS,” menurut kenyataan itu.

Sekretariat itu memaklumkan sebanyak 40 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 20 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan