KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka serta membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian itu dizahirkan beliau dalam majlis makan malam dianjurkan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali sebagai penghormatan kepada Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Palestin Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash, semalam.
"Saya turut mengambil kesempatan untuk terus menzahirkan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin yang selama ini menghadapi pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman.
"Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Palestin terus kukuh dan segala usaha untuk mencapai keamanan dan keadilan di bumi Palestin dipermudahkan Allah SWT," katanya dalam hantaran di media sosial.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial