AM

NREB Sarawak Siasat Insiden Sisa Kayu Terapung Di Sungai Krangan

04/02/2025 09:17 PM

KUCHING, 4 Feb (Bernama) -- Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak sedang menyiasat punca sisa kayu terapung yang ditemukan di Sungai Krangan, Balai Ringin, kira-kira 88 kilometer dari sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, NREB menegaskan bahawa pihaknya mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kesan pencemaran dan mengelakkan kerosakan alam sekitar yang lebih serius.

"NREB juga bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi mengeluarkan sisa kayu tersebut untuk memulihkan kawasan terjejas serta mengurangkan gangguan kepada komuniti setempat.

"Pegawai penguat kuasa telah dikerahkan ke lokasi bagi menilai keadaan dan menentukan tindakan lanjut, sementara kerja-kerja pembersihan sedang diselaraskan dengan agensi awam serta sektor swasta untuk memastikan penyelesaian segera," menurut kenyataan itu.

NREB turut menggesa semua pengusaha ladang supaya mematuhi peraturan alam sekitar dengan ketat bagi mengelakkan kemusnahan sumber air.

"Kerjasama daripada semua pihak berkepentingan amat penting dalam memastikan pengurusan alam sekitar yang lestari dan mencegah kejadian serupa pada masa hadapan,"  menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan