Selebihnya, beliau berkata melibatkan beberapa faedah lain iaitu hilang upaya kekal berkala, hilang upaya kekal pukal dan berkala serta faedah orang tanggungan.
Pada sesi hari ini, Suhara menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 secara sekali beri kepada Wan Muzalisa Aini Wan Mohamad, 46, yang merupakan balu Allahyarham Nasrul Hadi.
Nasrul Hadi yang merupakan pencarum PERKESO meninggal dunia lewat petang Ahad lepas di Hospital Tanah Merah, Kelantan dipercayai akibat serangan jantung. Sebelum itu, Allahyarham bersama isteri dan lima anak dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu.
“Caruman Allahyarham juga melayakkan isteri menerima Faedah Pencen Penakat seumur hidup secara bulanan, sementara semua lima anaknya layak menerima pencen sama hingga mereka berumur 21 tahun atau berkahwin atau hingga mendapat ijazah pertama,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial