AM

UiTM Anjur Solat Hajat Doa Kesejahteraan, Kesembuhan Agong

13/02/2025 05:50 PM

SHAH ALAM, 13 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

UiTM dalam kenyataan memaklumkan solat hajat itu yang bermula semalam akan turut diadakan hari ini dan esok sebagai keprihatinan warga universiti berkenaan terhadap Sultan Ibrahim yang juga merupakan Canselor UiTM. 

“Seluruh warga UiTM mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Semoga Seri Paduka Baginda terus diberikan kekuatan untuk memayungi negara dan rakyat Malaysia dengan keadilan serta kebijaksanaan,” menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan