SUNGAI PETANI, 19 Feb (Bernama) -- Empat premis dipercayai menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin dengan melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram, di sini diserbu Isnin lepas.
Serbuan bermula 5 petang hingga 10 malam itu dilakukan Cawangan Risik Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Tenaga Nasional Bhd Cawangan Sungai Petani.
Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata dalam operasi itu pasukan penguatkuasaan merampas pelbagai peralatan dianggar bernilai RM890,950 antaranya 111 mesin perlombongan bitcoin, lima router, dua modem serta satu komputer riba.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Briged Utara PGA giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang aktiviti menyalahi undang-undang.
“Masyarakat dan pengguna turut diseru menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan aktiviti menyalahi undang- undang,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial