KUANTAN, 6 Jan (Bernama) -- Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
“Kejadian itu mengakibatkan laluan di kedua-dua arah terhalang, namun kerja-kerja pembersihan giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands memaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berada di lokasi kejadian bagi memantau dan menghantar bantuan anggota.
Menurut sekretariat itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan, Lipis dan Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.
Susulan kejadian tanah runtuh itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands Leftenan (PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi berkata pihaknya telah membantu membawa 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kampung Raja.
Beliau berkata kesemua calon SPM itu dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke sekolah berkenaan pada 7.30 pagi tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial