AM

ASEAN 2025: Anwar Bertemu Thaksin Bincang Situasi Myanmar, Mata Wang Kripto

02/02/2025 11:39 PM

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra.

Anwar berkata pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

"Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura George Yeo," kata beliau menerusi catatan di Facebook.

 Pada 16 Dis lepas, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Jan, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan