AM

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak, Sabah - MetMalaysia

05/02/2025 09:53 AM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pagi ini, memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa kawasan meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah hari ini, melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan