Beliau berkata penggunaan teknologi yang menelan belanja RM3 juta itu mula dilaksanakan pada Januari tahun lepas meliputi dua fasa.
"Teknologi fiber berprestasi tinggi dengan keliangan separa telap berbilang peringkat untuk aplikasi itu merawat pencemaran sumber air daripada semua jenis bahan pencemar dan menghasilkan air bersih terawat.
"Kelebihan teknologi ini adalah proses yang bebas bahan kimia, kompak dan sangat efisien untuk semua jenis sumber air termasuk air laut.
"Analisis yang dijalankan Institut Pantai Timur UniSZA (ESERI) sebelum ini mendapati kualiti air tasik semakin merosot dengan bacaan Indeks Kualiti Air (IKA) berada pada kelas IV," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadzli berkata projek yang melibatkan kerja-kerja pemuliharaan pencemaran telah dilaksanakan pada Jan 2024 dan siap pada Sept tahun sama.
Beliau berkata hasilnya kualiti air tasik UniSZA telah mengalami peningkatan ketara iaitu berubah daripada kelas IV kepada kelas II.
Selain itu, sistem rawatan air yang dibangunkan melalui projek itu juga mampu menghasilkan 500,000 liter air terawat sehari.
"Projek itu juga memberi impak positif kepada imej UniSZA dalam menjaga kelestarian alam sekitar dalam kalangan institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya. -- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial