AM

97 Kompaun Dikeluarkan Kepada Pengendali Makanan Bazar Ramadan Di Kelantan

10/03/2025 10:14 PM

MACHANG, 10 Mac (Bernama) -- Sejumlah 97 notis kompaun di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1973 dikeluarkan kepada pengendali makanan sepanjang minggu pertama Ramadan di Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 

“Kebanyakan kesalahan berhubung ketidakpatuhan pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih," katanya kepada pemberita selepas ‘Walkabout Bazar Ramadan 2025’ dan ‘Pelancaran Kod QR WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan’ di sini hari ini.

Beliau berkata pada tahun ini sebanyak 73 bazar Ramadan berdaftar dengan PBT dan 1,967 pengendali makanan diperiksa dengan 823 daripadanya berada pada tahap bersih.

Selain itu, jabatan kesihatan negeri menubuhkan 59 pasukan pemantau terdiri daripada 249 penolong pegawai kesihatan persekitaran serta pembantu kesihatan awam bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan