KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.28 seliter, manakala diesel di Semenanjung turun tujuh sen kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Mac ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial