KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM497.4 bilion tahun lepas berbanding RM434.0 bilion yang dicatatkan pada 2023, menyumbang 25.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada harga semasa.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui satu kenyataan hari ini berkata eksport perkhidmatan menokok 24.6 peratus kepada RM242.9 bilion daripada RM195.0 bilion pada tahun sebelumnya.
Begitu juga, import perkhidmatan naik sebanyak 6.5 peratus kepada RM254.5 bilion berbanding RM239.0 bilion yang disaksikan pada 2023.
"Memandangkan eksport perkhidmatan melonjak lebih cepat daripada import, defisit menyempit dengan ketara daripada RM44.0 bilion kepada RM11.7 bilion," tambahnya.
DOSM berkata Asia terus menjadi destinasi utama bagi eksport perkhidmatan Malaysia, yang membentuk RM164.0 bilion atau 67.5 peratus daripada jumlah perkhidmatan.
Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan China adalah tiga destinasi utama untuk eksport perkhidmatan Malaysia.
Asia juga menjadi sumber utama import dengan bahagian 58.6 peratus atau RM149.0 bilion.
Sumber utama import perkhidmatan adalah dari Amerika Syarikat, Singapura dan China.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial