SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han kini menerajui barisan kepimpinan DAP Selangor selepas dipilih sebagai pengerusi baharu parti itu bagi penggal 2024-2027.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu dipilih dalam kalangan 15 jawatankuasa tertinggi yang baharu pada pemilihan Jawatankuasa DAP negeri bersempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini hari ini.
Ng ialah Setiausaha DAP negeri pada penggal lepas.
Jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh Ahli Parlimen Klang V. Ganabatirau manakala jawatan Naib Pengerusi pula disandang ADUN Sekinchan merangkap Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim serta Ean Yong Hian Wah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dipilih sebagai Setiausaha DAP negeri yang baharu.
Berikut ialah senarai Jawatankuasa DAP Selangor 2024-2027:
Pengerusi: Ng Sze Han
Timbalan Pengerusi: V. Ganabatirau
Naib Pengerusi: Datuk Ng Suee Lim dan Ean Yong Hian Wah
Setiausaha: Yeo Bee Yin
Penolong Setiausaha: Leong Tuck Chee
Bendahari: Jamaliah Jamaluddin
Penolong Bendahari: R. Rajiv
Setiausaha Organisasi: Tiew Way Keng
Penolong Setiausaha Organisasi: V. Papparaidu dan Lee Fu Haw
Setiausaha Publisiti: Wong Siew Ki
Pengarah Pendidikan Politik: Syahredzan Johan
Ahli jawatankuasa negeri: Ong Chun Wei dan Michelle Ng Mei Sze
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial