PETALING JAYA, 13 Nov (Bernama) -- Jenazah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, 86, yang meninggal dunia pagi ini, dibawa keluar dari Hospital Assunta pada 11.02 pagi dipercayai untuk dibawa di kediamannya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim dilaporkan meninggal dunia pada 8.21 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk disolatkan selepas solat Asar, menurut perkongsian itu.
Tinjauan Bernama di Hospital Assunta mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa ahli keluarga Allahyarham Daim turut mengiringi van jenazah.
Pengamal media mula berkumpul di perkarangan hospital ini seawal 10 pagi susulan pemergian Allahyarham Daim.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial