AM

Rumah Terbakar, Lelaki Melecur Muka Dan Tangan

21/11/2024 08:58 PM

MARANG, 21 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 37 tahun melecur pada bahagian muka dan tangan selepas kediamannya di Taman Emas Murni, Sungai Kerak di sini terbakar petang tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Mohd Sofian Redzuan berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang dan dipercayai berpunca daripada litar pintas pada suis penyaman udara.

Beliau berkata saksi memberitahu berlaku letupan kuat dari arah kediaman mangsa sebelum berlakunya kebakaran.

“Bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang telah menerima panggilan pada 6.17 petang tadi melalui talian kecemasan MERS999. Kebakaran berlaku kira-kira 6 petang dan api dapat dikawal 40 minit kemudian.

“Mangsa mengalami luka kebakaran tahap dua dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Sofian berkata setakat ini pihak bomba mengklasifikasikan kes sebagai kebakaran bangunan bagaimanapun siasatan terperinci akan dilakukan untuk mengesan sekiranya wujud unsur mencurigakan atau khianat.          

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan