AM

Banjir: JPN Ganti Kad Pengenalan, Sijil Lahir Hilang Secara Percuma

01/12/2024 11:43 AM

PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang secara percuma kepada mangsa banjir.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selepas musim banjir, pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas untuk memastikan urusan tersebut disegerakan.

“Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pascabanjir nanti,” katanya menerusi hantaran di laman X rasminya hari ini.

Setakat 8 pagi tadi, 152,377 mangsa banjir direkodkan ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Negeri yang terkesan banjir pada ketika ini ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Melaka, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan