ALOR SETAR, 1 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
TNB dalam hantaran di Facebook memaklumkan 11 pencawang di Alor Setar dan satu di Sik tidak mendapat bekalan elektrik susulan penutupan bekalan kira-kira pukul 1 petang tadi.
“Di Alor Setar, ia melibatkan Kampung Bukit Derang, Kampung Bukit Hijau, Kampung Empa 1 dan 2, Kampung Teras, Kem Tentera Udara Diraja Malaysia, Kampung Alor Madi dan Kampung Pulau Kerengga.
“Turut terjejas, Kampung Titi Gajah 1, Kampung Alor Perang, Kampung Alor Senjaya dan Rumah Pam Alor Gunung. Di Sik pula, ia melibatkan Kampung Padang Chicar,” menurut hantaran berkenaan hari ini.
TNB turut mengingatkan orang ramai supaya menghindari tiang besi atau mana-mana pepasangan TNB yang tenggelam bagi mengelakkan risiko renjatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial