AM

Fomema Tawar Lanjutan Kesahihan 30 Hari Untuk Pekerja, Penyedia Perkhidmatan Di Negeri Terjejas Banjir

05/12/2024 03:52 PM

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Fomema Sdn Bhd (Fomema) menyediakan bantuan untuk majikan pekerja asing dan penyedia perkhidmatan yang terjejas akibat banjir menerusi Program Bantuan Banjir Fomema (FRP).

Fomema dalam kenyataan hari ini memaklumkan di bawah FRP, syarikat itu melanjutkan kesahihan Borang Pemeriksaan Perubatan Fomema dan penghantaran keputusan perubatan dalam talian dengan tambahan 30 hari untuk pekerja asing yang mendaftar antara 15 Nov dan 15 Dis serta penyedia perkhidmatan yang tamat tempoh borang antara 15 Dis hingga 14 Jan 2025.

Menurut syarikat berkenaan, pelanjutan jangka pendek itu layak untuk majikan yang berdaftar dengan klinik panel Fomema di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan beberapa kawasan terkesan banjir di Johor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomema Dr Mohd Afiq Farhan Md Hanif berkata Fomema memahami cabaran besar dihadapi mereka dan bantuan itu sebagai cara pihaknya meringankan beban mereka pada masa sukar ini.

"Fomema amat bersimpati dengan mereka yang terjejas akibat banjir ketika ini. Kami berharap ia memberikan sedikit bantuan dan kelegaan," katanya.

Beliau berkata Fomema tetap komited dalam misinya untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam pemeriksaan perubatan pekerja asing, menawarkan penyelesaian praktikal dan sokongan semasa detik kritikal.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan dan Wakil Fomema melalui WhatsApp di +603-2782 8777 atau e-mel di cs@fomema.com.my dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan