AM

BNM Masih Berunding Dengan Pihak Berkepentingan Berhubung Premium Insurans Perubatan - PM Anwar

06/12/2024 04:15 PM

PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini, proses masih dirunding semula,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14 di sini hari ini.

Sebelum ini, bank pusat menggesa penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) supaya menyemak semula strategi penentuan harga bagi memastikan pelaksanaan yang lebih wajar. 

Menurut BNM, langkah ini termasuk menguruskan kenaikan premium dan sumbangan secara berterusan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi serta peserta takaful.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa premium insurans perubatan dijangka meningkat sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun depan menyebabkan sebilangan pemegang polisi terpaksa mempertimbangkan untuk menamatkan polisi mereka akibat kos premium bulanan yang semakin tinggi.

– BERNAMA        

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan