BERITA TERGEMPAR   PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | 
 AM

CGC TANAM 200 POKOK BAKAU DI TAMAN ALAM

10/12/2024 04:34 PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Dalam langkah penting ke arah kelestarian alam sekitar, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menanam 200 pokok bakau di Taman Alam, Kuala Selangor, Selangor Ahad lepas sebagai sebahagian daripada Program Penanaman Pokok CGC 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen teguh perbadanan itu terhadap kemampanan, bukan sahaja dalam operasinya, tetapi juga memperkasakan pihak berkepentingan untuk menyumbang kepada matlamat alam sekitar Malaysia yang lebih luas.

"Di CGC, kami mengiktiraf kapasiti penyerapan karbon yang luar biasa bagi pokok bakau dan peranan pentingnya dalam memerangi perubahan iklim. Setiap pokok bakau matang mampu menyerap sekitar 0.04 tan karbon dioksida (CO2) setiap tahun, menjadikan Program Penanaman Pokok CGC 2024 sebagai langkah penting dalam mengurangkan jejak karbon kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif ini sejajar dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Malaysia di bawah Program Penghijauan Malaysia, menyokong usaha CGC untuk mengimbangi pelepasan operasi. Ia menonjolkan peranan penanaman pokok untuk penyerapan karbon dan menekankan kepentingan pemuliharaan biodiversiti dalam ekosistem Malaysia.

CGC kekal komited dalam menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon melalui tindakan praktikal dan mampan.

“Dengan memberi tumpuan kepada kesan alam sekitar yang dapat diukur, perbadanan ini akan terus menggalakkan tenaga kerja dan pelanggan-pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) untuk mengadaptasi amalan yang lebih mampan.

"Usaha ini menyumbang kepada matlamat kemampanan Malaysia yang lebih luas, menyokong masa depan yang lebih bersih dan mampan untuk semua," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan