BERITA TERGEMPAR | PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | |
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh Kerabat Diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 94 penerima hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial