IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Mayat Ng Ka Wan, 30, ditemukan pada jarak 5.6 kilometer atau tiga batu nautika oleh bot agensi Polis Marin petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata 18 orang anggota bomba, polis (16), Angkatan Pertahanan Awam (7 dan sebuah bot) serta satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Teluk Intan terbabit dalam melaksanakan operasi mencari mangsa tersebut.
"Mayat mangsa telah dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) untuk tujuan pengesahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta pengecaman ahli keluarga terdekat mangsa sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi terkawal tamat sepenuhnya pada 5.40 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang membaiki bot tersebut di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk berkata makluman awal kejadian mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot yang lain.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial