AM

Banjir Kilat: Sebuah PPS Dibuka Di Kuching

19/12/2024 10:54 AM

KUCHING, 19 Dis (Bernama) -- Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Sungai Berdaun telah dibuka sejak malam tadi berikutan hujan berpanjangan yang menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 68 mangsa daripada 14 keluarga telah dipindahkan ke PPS yang dibuka pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada lima bayi, tiga Orang Kurang Upaya (OKU), dan empat warga emas,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Setakat pukul 10 pagi ini, JPBN Sarawak memaklumkan bahawa paras air di Kampung Sungai Berdaun telah surut dan tiada pemindahan tambahan ke PPS.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan