BERITA TERGEMPAR   PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | 
 AM

Kerajaan Melaka Sasar 50,000 Kunjungi MIHF'24

19/12/2024 03:41 PM

MELAKA, 19 Dis (Bernama) -- Kerajaan Melaka menyasarkan kira-kira 50,000 pengunjung menghadiri Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24) yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula esok.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata program bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu bagi mempromosikan negeri ini sebagai hab halal antarabangsa dan destinasi pelancongan halal utama dunia.

"Festival yang pertama kali dianjurkan ini melibatkan 300 pempamer termasuk pemain industri halal dari 19 negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam segmen ‘Apa Khabau YB’ di konti MELAKA.fm yang turut dihadiri Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad.

Rahmad berkata penganjuran festival itu memberi peluang kepada usahawan mempromosi produk, memperluas rangkaian perniagaan dan mendapat maklumat terkini mengenai standard serta trend industri halal.

Beliau berkata MIHF’24 juga menyumbang kepada usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal selain memperkenalkan Melaka sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 sebagai destinasi halal berkualiti.

“Usahawan tempatan yang bercadang memohon pensijilan halal boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi khidmat nasihat di MIHF’24,” katanya dan memaklumkan pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung termasuk pameran produk halal, demonstrasi masakan dan aktiviti untuk usahawan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan