AM

Waktu Operasi Pejabat Pengeluar Pasport Dilanjut Hingga 8 Malam Sempena Cuti Sekolah

19/12/2024 03:57 PM

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.

JIM dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan waktu pengoperasian di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah bermula 8 pagi hingga 8 malam pada 23 hingga 26 Dis.

Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 3 petang pada 21, 27 dan 28 Dis.

Sementara itu, waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport JIM bagi Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah 8 pagi hingga 8 malam pada 22 hingga 24 Dis. 

Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 3 petang pada 21 dan 28 Dis ini manakala 8 pagi hingga 6.30 petang pada 26 Dis.

“Kami berharap dengan pelanjutan waktu operasi ini akan dapat membantu melancarkan urusan anda,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan