AM

Penunggang Parah Selepas Motosikal Rempuh Kereta Peronda Yang Cuba Elak Anjing Melintas

20/12/2024 04:35 PM

KOTA BHARU, 20 Dis (Bernama) -- Seorang individu cedera parah selepas motosikal ditanggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba mengelak anjing melintas di kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku pada 9.30 malam apabila kereta peronda polis dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang secara tiba-tiba melintas dari kiri jalan, dirempuh sebuah motosikal di bahagian sisi kanan belakang kereta.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dengan menelefon 09-9440222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan