AM

Pemantauan Pematuhan Tauliah Pastikan Agama Tidak Disalah Guna - MAIS

22/12/2024 04:10 PM

SHAH ALAM, 22 Dis (Bernama) -- Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor bukan bertujuan menyusahkan tetapi bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata individu yang mengajar agama perlu faham dan patuh segala syarat yang telah dimaklumkan lebih awal dengan semua negeri turut mempunyai peraturan berkaitan tauliah. 

“Kalau tiada ketegasan, pengajaran agama Islam di negeri ini akan jadi huru-hara. Kita mahukan pengajaran yang menyatukan, bukan berpecah belah,” katanya menjawab soalan mengenai isu tauliah pengajaran agama ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Program Pengajian Sepanjang Hayat Kali Keempat di sini hari ini. 

Program berkenaan merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Universiti Islam Selangor (UIS). 

Mengenai majlis hari ini, Abdul Aziz berkata sebanyak 177 graduan berjaya menamatkan pengajian dalam Persijilan Awam Pengurusan Masjid, Pengurusan Halal dan Fiqh Wanita.

“Program yang telah dilaksanakan di 32 buah masjid terpilih di negeri ini adalah satu proses pendidikan berterusan bertujuan mendidik masyarakat agar mencintai ilmu dan beramal dengannya,” katanya. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan