AM

Wasco Sertai Rangkaian 'United Nations Global Compact', Perkukuh Komitment ESG

23/12/2024 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Wasco Berhad (Wasco), penyedia penyelesaian tenaga bersepadu terkemuka hari ini mengumumkan penyertaan dalam United Nations Global Compact Network Malaysia dan Brunei sekali gus memperkukuh komitmen terhadap amalan perniagaan bertanggungjawab dan mampan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Giancarlo Maccagno berkata penyertaan itu mencerminkan komitmen untuk membawa impak yang lebih bermakna

“Di Wasco, kami percaya bahawa kekuatan sesebuah syarikat terletak pada integriti tindakannya. Ia juga untuk memartabatkan maruah dan hak individu, membina tempat kerja yang adil dan inklusif serta mengintegrasikan akauntabiliti dalam segala yang kami lakukan.

“Bersama-sama, kita dapat memimpin dengan keazaman dan memacu kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyertaan Wasco itu juga memperkukuh lagi pencapaian utama termasuk penyenaraian dalam indeks “FTSE4Good Bursa Malaysia” dan “FTSE4Good Syariah” yang menegaskan penjajaran Wasco dengan piawaian Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) bertaraf antarabangsa.

United Nations Global Compact ialah inisiatif kelestarian korporat terbesar di dunia dengan lebih 20,000 syarikat menyertainya di 160 negara serta lebih 60 Rangkaian Global Compact.

Ia menyeru syarikat untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan 10 prinsip sejagat dalam hak asasi manusia, buruh, alam sekitar, dan antirasuah sambil memajukan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG).

Menurut Wasco keahlian ini memperkukuh fokus terhadap penciptaan nilai jangka panjang, amalan beretika, dan inovasi sambil menghubungkan dengan rangkaian perniagaan global yang komited kepada perubahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan kemajuan kelestarian Wasco boleh layari profil UN Global Compact. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan