AM

Imperial Lexis Kuala Lumpur Tawar Hidangan Perayaan Mewah, Sambutan Malam Tahun Baharu

23/12/2024 08:17 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Imperial Lexis Kuala Lumpur mempelawa para tetamu untuk meraikan musim perayaan menerusi pelbagai pengalaman makan malam istimewa serta acara-acara glamor sempena Krismas dan Malam Tahun Baharu.

Dalam kenyataan hari ini hotel berkenaan memaklumkan mengenai tawaran pelbagai pilihan hidangan mewah dan sambutan eksklusif untuk menjadikan musim perayaan tahun ini penuh kenangan.

“Krismas ini, sambutlah musim penuh kegembiraan, kemewahan dan keajaiban kulinari di Imperial Lexis Kuala Lumpur, di mana keceriaan perayaan digabungkan dengan santapan mewah,” menurut kenyataan itu.

Bufet Makan Malam Countdown Cravings di Roselle Coffee House, di Tingkat 8, akan diadakan pada Malam Krismas (24 Dis) dan Malam Tahun Baharu (31 Dis) dari pukul 6 petang hingga 10 malam. 

Dengan harga RM268 nett untuk dewasa dan RM168 nett untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas, bufet ini menawarkan pengalaman makan yang luar biasa.

Tetamu juga akan menikmati akses percuma ke SkyDeck di Tingkat 51, yang dibuka sehingga pukul 10 malam, untuk menikmati pemandangan latar langit ikonik Kuala Lumpur yang menakjubkan.

Bagi pengalaman menjamu selera yang lebih mera, Set Menu Makan Malam Seasonal Sensations Four-Course di Roselle Coffee House tersedia sehingga 30 Dis, kecuali pada Malam Krismas. Harga ditetapkan pada RM200 bersih seorang, dan kumpulan seramai enam orang atau lebih akan menikmati diskaun 10 peratus.

“Pada Malam Krismas, tetamu juga boleh meraikan di bawah sinaran bintang dengan Set Menu Makan Malam Sky-High Christmas Eve 4-Course kami di Poolside Bistro di Tingkat 51, berharga RM590 bersih untuk setiap pasangan,” menurut kenyataan itu.

Pakej ini termasuk segelas Moet & Chandon atau French Bloom Organic Bubbly serta akses ke SkyDeck sehingga pukul 10 malam.

Satu lagi tarikan istimewa ialah Imperial Chef’s Tasting Menu, makan malam tujuh hidangan berharga RM490 bersih seorang, tersedia setiap hari mulai hari ini hingga 30 Dis di Poolside Bistro. Menu ini menampilkan hidangan mewah seperti Bluefin Tuna Tartare, Chargrilled Wagyu A5 Striploin dan Felchlin Chocolate Mousse dengan Pistachio Ice Cream.

UMI Japanese Restaurant di Tingkat 52, pengunjung boleh menikmati The Art of Kaiseki, set makan malam lima hidangan yang tersedia hingga 30 Dis (kecuali pada Isnin). Dengan harga RM390 bersih seorang, menu ini menampilkan cita rasa Jepun tradisional yang diperkaya dengan sentuhan moden.

“Pada Malam Krismas ini, lari daripada kesibukan bandar dan raikan perayaan Santa’s Roofscape Party di Satellite Restaurant & Bar di Tingkat 53. Para tetamu boleh menikmati pemandangan panoramik, hidangan perayaan dan cahaya Moet & Chandon dari pukul 6 petang hingga tengah malam dengan bayaran kemasukan RM150 bersih seorang,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang Disember, koktel dan minuman perayaan seperti Imperial Mulled Wine (RM138 bersih sebotol) dan Festive Club Cocktail (RM55 bersih segelas) akan tersedia di Coralz Cafe, Roselle Coffee House, Poolside Bistro dan Satellite Restaurant & Bar.

Pencuci mulut perayaan Christmas Treats Festive Goodies juga tersedia di Coralz Café hingga 2 Jan 2025. Tetamu boleh membuat tempahan awal untuk Roasts Krismas untuk dibawa pulang, termasuk termasuk Roasted Whole Turkey (RM750) atau Angus Beef Striploin (RM850, dengan syarat tempahan dilakukan 24 jam lebih awal.

Imperial Lexis Kuala Lumpur juga sedang bersiap sedia untuk sambutan Malam Tahun Baharu yang eksklusif. UMI Japanese Restaurant akan menganjurkan makan malam enam hidangan pada 31 Dis, berharga RM980 bersih untuk tempat duduk biasa bagi dua orang atau RM2,025 bersih untuk tempat duduk premium, termasuk sebotol Moet & Chandon.

“Para tetamu boleh menyambut kedatangan tahun 2025 dengan Poolside Countdown Soiree di Aras 51 atau New Year’s Eve Countdown Party yang meriah di Satellite Restaurant & Bar di Aras 53. Acara-acara ini menawarkan pakej premium, termasuk tempahan meja dengan Moet & Chandon dan makanan ringan gourmet,” menurut kenyataan itu.

Bagi mereka yang mencari penginapan mewah, pakej Skyline Countdown Rendezvous termasuk penginapan dari 31 Dis dan 1 Jan, sarapan pagi dan makan malam bufet antarabangsa di Roselle Coffee House, serta akses kepada sambutan perayaan di Tingkat 52 atau Tingkat 53. Harga bilik bermula dari RM1,988 bersih untuk Executive Pool Room bagi dua tetamu, dengan pilihan Panorama Pool Suites yang boleh memuatkan sehingga empat tetamu.

Tempahan kini dibuka untuk makan dan penginapan. Untuk maklumat lanjut, e-mel stay@imperiallexiskl.com atau hubungi +603 2083 0933 untuk membuat tempahan bilik atau e-mel eat@imperiallexiskl.com atau WhatsApp +6010 784 0176 untuk tempahan makan atau pertanyaan lanjut. Lawati www.imperiallexiskl.com untuk kemas kini dan promosi.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan