KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
Ketika ditutup, kontrak Disember 2024 meningkat 8.5 mata kepada 1,605.0 dan Januari 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,608.0, manakala Mac 2025 dan Jun 2025 melonjak 7.5 mata masing-masing kepada 1,592.5 dan 1,598.0.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 32,660 lot daripada 14,024 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 72,637 kontrak berbanding 53,432 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 10.71 mata atau 0.67 peratus kepada 1,613.70 berbanding 1,602.99 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial