LOS ANGELES, 3 Jan (Bernama-Xinhua) -- Dua orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton pada Khamis, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
Nahas mencetuskan kebakaran besar dan memaksa perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.
Rakaman video daripada saluran berita tempatan KABC menunjukkan asap putih keluar dari bahagian atas sebuah bangunan yang dikelilingi kawasan perumahan serta gudang komersial.
Setakat ini, jenis pesawat yang terlibat belum dapat dikenal pasti, kata Wells.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial