AM

Guru Pondok Pahang Terima Imbuhan RM1,000 Seorang

03/01/2025 03:09 PM

KUANTAN, 3 Jan (Bernama) -- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Dr Asmadi Abdul Rahman berkata pemberian imbuhan berkenaan membabitkan sebanyak 650 guru daripada 134 pondok yang berdaftar dengan MUIP.

“Bentuk imbuhan khas atau sumbangan sagu hati ini merupakan kali pertama diberikan MUIP kepada setiap guru pondok, iaitu sebanyak RM1,000 seorang. Agihannya bermula semalam dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini. 

“Sumbangan itu sebagai tanda penghargaan MUIP kepada guru pondok yang berdaftar dalam usaha mereka meningkatkan kerohanian anak-anak Pahang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian itu juga sebagai menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya agensi dan pihak yang berkenaan memberi perhatian jitu serta membantu pondok yang berdaftar sebaik mungkin. 

Dalam pada itu, Asmadi turut mengingatkan kepada pondok pengajian terbabit supaya memastikan pembelajaran menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan MUIP.  

-- BERNAMA  


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan