AM

Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Menghantar Tunku Mahkota Ismail Menunaikan Umrah

20/01/2025 07:13 PM

JOHOR BAHRU, 20 Jan (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyaksikan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan keluarga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Keberangkatan Tunku Mahkota Ismail ke Tanah Suci turut diiringi Che Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Raja Muda Johor Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail serta paduka anakanda.

Turut berangkat di LTAS ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

"Semoga dipermudahkan urusan ibadah dan dikurniakan umrah yang mabrur," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan