AM

Bencana Banjir Menjalar Ke Selatan Sarawak, Lima PPS Baharu Dibuka 

28/01/2025 09:55 PM

KUCHING, 28 Jan (Bernama) -- Bencana banjir di Sarawak kini mula menjalar ke bahagian selatan negeri itu apabila lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan sejak 6 petang tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak setakat pukul 8 malam, empat PPS baharu telah dibuka di daerah Serian, manakala sebuah lagi di Simunjan.

Bagaimanapun, jurucakap sekretariat itu masih belum dapat mengesahkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kerana proses pemindahan penduduk terjejas ke PPS berkenaan masih berlangsung.

Sementara itu, di Miri, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit hari ini telah memaksa seramai 169 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke PPS yang terletak di Pusat Bulan Sabit Merah daerah berkenaan.

Di samping itu, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Tatau sejak 23 Jan lepas masih kekal sebanyak 34 orang daripada 13 keluarga di PPS Rumah Steven.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan