AM

Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Hiroshima, Jepun

30/01/2025 11:09 AM

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Seorang pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin, menurut Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) pada Rabu. 

MSAJ dalam catatan di laman Facebook rasmi memaklumkan Nurin Hannani Hafizi, 21 penuntut institusi pengajian Kure Kosen dikatakan keluar dari kampus dengan hanya membawa beg galas, dompet dan pasport. 

“Pihak Kosen telah membuat laporan polis mengenai kehilangan ini,” menurut catatan itu. 

MSAJ turut memohon bantuan komuniti untuk menyebarkan maklumat kehilangan Hannani. 

Kehilangan pelajar itu turut dikongsi sebuah organisasi dakwah rakyat Malaysia di Jepun, IMAN Jepun menerusi Facebook dan pengguna media sosial. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan