GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) -- Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan lelaki berusia 25 tahun itu pada 1.55 tengah hari.
“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dalam keadaan sedar menggunakan ambulans pada 2.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu beberapa keping gambar tular menerusi media sosial memapar seorang lelaki terjatuh atas bumbung replika bangunan dekorasi Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial