AM

Remaja Terjatuh Bersama Motosikal Di Sungai Padang Terap Ditemukan Lemas

10/02/2025 05:41 PM

PENDANG, 10 Feb ( Bernama) -- Remaja lelaki yang dipercayai terjatuh bersama motosikalnya ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, ditemukan lemas pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah (JBPM) Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat Nur Haidar Nasrul, 17, ditemukan pada 11.18 pagi, kira-kira 10 meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada 7.15 pagi tadi melibatkan tiga anggota membuat rondaan pemantauan surface searching di sekitar sungai berkenaan.

“Pasukan Penyelamat Di Air membuat selaman pertama pada 10.34 pagi, selaman kedua pada 11.01 serta selaman ketiga turut dilakukan.

"Pada selaman ketiga mangsa berjaya dijumpai pada 11.18 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun disyaki lemas selepas motosikal jenis Modenas Kriss dinaikinya ditemukan di dalam sungai itu pada 7.16 malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan