AM

PPS Dibuka Di Bentong Tempatkan 111 Mangsa Banjir

19/02/2025 09:05 PM

KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 111 mangsa daripada 31 keluarga iaitu  74 dewasa, 33 kanak-kanak dan empat bayi ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia setakat 6.25 petang tadi. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong Lt (PA) Azizah Husain berkata pihaknya mula memindahkan mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Pasir Karak Setia ke PPS berkenaan pada 11 pagi tadi berikutan trend air menunjukkan peningkatan.

“Hujan bermula sekitar 8 malam semalam dan reda pada 5 pagi. Pada awal pagi tadi terdapat mangsa sudah berpindah sendiri ke lokasi selamat dan menjelang petang hujan telah pun berhenti," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Azizah berkata pihaknya sentiasa berada di lokasi terjejas bagi memantau keadaan semasa. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan