AM

Situasi Banjir Di Pahang, Negeri Sembilan Semakin Pulih Malam Ini 

20/02/2025 11:29 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) --  Situasi banjir di Pahang dan Negeri Sembilan menunjukkan perkembangan positif apabila bilangan mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu menurunan malam ini.

 Di PAHANG, Pengarah Pertahanan Awam Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata jumlah mangsa di negeri itu menurun kepada 49 orang daripada 12 keluarga sehingga 8 malam ini dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, Temerloh, yang dibuka hari ini.

“Banjir di sekitar Karak yang surut telah mengalir turun ke Sungai Semantan dan melimpah ke kawasan Lanchang menyebabkan berlakunya banjir dan penduduk berhampiran tebing sungai terpaksa dipindahkan ke SK Lanchang,”  katanya kepada Bernama.

Katanya sebuah PPS di daerah Bentong yang menempatkan 140 mangsa daripada 47 keluarga ditutup petang tadi selepas mangsa dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.

Di Negeri Sembilan, mangsa banjir menurun kepada 84 mangsa daripada 27 keluarga berbanding 101 mangsa (27 keluarga) pada pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kesemua mangsa merupakan penduduk Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru, Taman Bandar Tinggi dan Kampung Sepri.

"Keadaan cuaca pada masa ini baik. Air juga surut, kerja-kerja pasca pembersihan mencapai 95 peratus. Saya jangkakan esok semua mangsa banjir boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan