KOTA BHARU, 25 Feb (Bernama) -- Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim dengan menempatkan 38 orang daripada 12 keluarga; Balai Raya Padang Kijang (lapan orang, dua keluarga) dan SK Gual Jedok (16 orang, tiga keluarga).
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, JPS merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melepasi paras bahaya, iaitu 10.08 meter (m) manakala Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras amaran dengan 22.97 m.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial