AM

Rollti Bawa Rasa Perayaan Aidilfitri Dengan Menu Eksklusif Terhad

03/03/2025 06:02 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Pada musim perayaan ini, Rollti memperkenalkan Eid Fiesta 2025, menu istimewa pada masa terhad yang menampilkan hidangan berinspirasikan warisan yang digabungkan dengan suntikan moden, boleh didapati di semua cawangan dari 24 Feb hingga 13 April.

Rollti dalam kenyataan memaklumkan tahun ini, jenama makanan tempatan itu bekerjasama dengan Nale untuk memperkenalkan dua wrap eksklusif dengan rempah-ratus, iaitu Signature Ayam Sambal Hijau dan Signature Daging Sambal Hijau.

Dibalut di dalam roti leper khas Rollti, wrap ini dipenuhi dengan inti Sambal Hijau Nale, sambal yang pedas dan masam, menambahkan lagi sentuhan unik pada rasa tradisional sekali gus menjadikan ia hidangan tepat untuk berbuka puasa atau sebagai sajian hari raya.

"Sambal cili hijau yang kaya dengan rasa ini dihasilkan daripada campuran cili segar, aromatik dan rempah terpilih, memberikan rasa pedas yang segar dengan sedikit aroma salai. Tidak seperti sambal merah, sambal hijau ini rasanya sedikit masam – ditambah dengan limau nipis atau tomato hijau – menjadikan ia padanan sempurna, pasti menjadi pilihan menarik bagi mereka yang menggemari makanan pedas dan menyegarkan," menurut kenyataan itu hari ini.

Bagi melengkapi hidangan, Rollti memperkenalkan Cendol Coconut Milkshake, gabungan menyegarkan daripada santan kelapa, pandan dan gula melaka, sesuai sebagai pelepas dahaga selepas seharian berpuasa.

Menu perayaan Rollti yang sesuai untuk makan malam keluarga dan sambutan meriah, ditawarkan dalam pilihan à la carte serta set hidangan khas berharga antara RM12 hingga RM33.

Menambah lagi kepelbagaian dalam sajian perayaan, Rollti turut memperkenalkan menu baharu menarik seperti Cheesy Sausage Bites, Cheesy Sausage and Eggs Wrap, Creamy Wild Mushroom Soup dan Salad Bowls, yang tersedia dalam pilihan sayuran, ayam atau daging serta dipadankan dengan sos caesar atau bijan panggang.

Ahli Loyalty Superstar juga berpeluang mendapatkan wrap eksklusif seperti Bananuttella, Chicken Chill La Grill La, dan Telur Mushroom Badaboom Wrap.

Pengasas dan Pengarah Rollti Fred Chan berkata dengan menu Eid Fiesta 2025, rangkaian restoran itu meraikan cita rasa Ramadan dan Aidilfitri sambil menambah kelainan unik untuk memastikan setiap gigitan memberikan rasa seperti di rumah.

"Daripada permulaan sederhana sehingga menjadi antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia, Rollti terus komited dalam menyajikan wrap berkualiti tinggi yang menggabungkan tradisi dengan inovasi," katanya dalam kenyataan itu.

Menu Eid Fiesta 2025 Rollti boleh didapati di enam lokasi – Starling Mall, Nu Sentral, Pavilion Elite KL, Bloomsvale Shopping Gallery, Elmina Lakeside Mall dan Sunway Pyramid.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan