AM

APM Tambah Syif, Pantau 73 'hotspot' Di Seluruh Negara

10/03/2025 02:06 PM

KAJANG, 10 Mac (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menambah waktu kerja syif bagi melaksanakan 73 penugasan omnipresence di kawasan hotspot sepanjang bulan Ramadan di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata kawasan hotspot merangkumi bazar Ramadan, lokasi berbuka puasa, pusat beli-belah serta masjid dan surau. 

“APM antara lima agensi yang terlibat bagi panggilan kecemasan MERS 999. Oleh itu, anggota kita asalnya akan ada tiga syif pada setiap hari.

“Namun pada bulan Ramadan ini, kita tambah kepada empat syif kerana penugasan di minimum 73 kawasan hotspot melibatkan kawasan dikunjungi ramai seperti di tepi pantai, pusat beli-belah serta padang. Ini bagi membolehkan kita memberi respons awal kepada kes-kes kecil seperti pitam atau tergelincir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Peluncuran Bulan Pertahanan Awam dan perasmian ‘Wacana Nasional: Struktur dan Hala Tuju Kesukarelawanan Malaysia’ yang dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Institut Semarak Felda di sini hari ini.

Aminurrahim berkata pergerakan anggota APM di kawasan hotspot sekurang-kurangnya dua anggota dan perlu membawa peti pertolongan cemas kerana sasaran utama adalah kes-kes berkaitan kesihatan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan