AM

Usaha Bantu Golongan Memerlukan Sentiasa Jadi Keutamaan Kerajaan - Noraini

13/03/2025 09:42 PM

KUANTAN, 13 Mac (Bernama) -- Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. 

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat selain memastikan program kebajikan dan bantuan sosial disalurkan dengan berkesan. 

Antara usaha yang telah dilaksanakan iaitu pelbagai skim bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. 

"Selain itu, program pemerkasaan wanita dan ibu tunggal terus giat dilaksanakan bagi membolehkan wanita meningkatkan daya saing mereka dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan dan latihan kemahiran," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengagihan Bakul Ramadan Nestle di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di sini hari ini yang menyaksikan 500 asnaf menerima bantuan. 

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berharap inisiatif itu dapat diteruskan dan diperluas bukan hanya dalam bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun selain lebih banyak syarikat korporat digalakkan tampil membantu masyarakat. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan