AM

KPKM Nafi Dakwaan Harga Belian Padi Diturunkan

10/01/2025 08:31 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dakwaan pertubuhan itu adalah tidak tepat selain telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pesawah serta pemain industri padi dan beras negara.

“Oleh yang demikian, KPKM menggesa supaya penyebaran maklumat berhubung kenyataan ini dihentikan segera dan menegaskan bahawa sebarang penyebaran maklumat tidak sahih ini adalah di bawah tanggungjawab penyebar,” menurut kenyataan itu.

Pesawah dalam kenyataan media itu mendakwa harga belian padi telah diturunkan kepada RM1,300 satu tan metrik berbanding harga semasa iaitu sekitar RM1,500 hingga RM1,800.

Kenyataan sama mendakwa keputusan itu telah dimuktamadkan pada mesyuarat pengilang-pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB) baru-baru ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan