AM

Banjir Sarawak: Jumlah Mangsa Di PPS Saratok Kekal 90 

22/01/2025 09:42 AM

KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Keadaan banjir yang memasuki hari keempat di daerah Saratok hari ini  tidak menampakkan perubahan dengan 90 penduduk terjejas masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak di daerah itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam makluman setakat 8 pagi hari ini menyatakan penduduk yang terjejas itu terdiri 21 keluarga yang mendiami Rumah Tembawai Kapok yang dilanda banjir sejak Ahad.

Sementara itu, sekretariat berkenaan turut memaklumkan 11 daripada 19 lokasi di Sarawak yang dipantau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan trend peningkatan air dan ini melibatkan daerah Matu serta Sebauh.

Status paras air menurun pula dilaporkan di lapan lokasi yang terletak di daerah Bau, Samarahan dan Mukah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan