AM

Kementerian Komunikasi Rangka Persiapan Untuk RMK13

24/01/2025 08:31 PM

MELAKA, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Komunikasi sedang merangka persiapan untuk menghadapi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula tahun ini hingga 2030.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata beliau menekankan beberapa perkara, termasuklah cabaran dihadapi industri kreatif terutama perfileman yang mengalami perubahan drastik.

“Jadi ada beberapa perkara yang saya minta diberi penekanan termasuk mungkin perlu ada penstrukturan, perlu ada reformasi kepada institusi sebab kita lihat beberapa industri seperti perfileman ataupun ekonomi kreatif, dia cepat berubah.

“Organisasi perlu bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan seperti ini dengan memanfaatkan teknologi (seperti) kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Kerja Hala Tuju Strategik Kementerian Komunikasi 2025, di sini hari ini.

Ditanya mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini, Fahmi berkata kementeriannya akan memainkan peranan dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai sumbangan negara dalam pelbagai bidang.

“Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran akan memainkan peranan untuk menjadi penyelaras media rasmi dan juga penyiar rasmi untuk ASEAN.

“Bagi agensi-agensi yang lain, mereka ditugaskan untuk membantu memahamkan, menjelaskan kepada rakyat tentang pencapaian, hasil dan juga isu-isu yang dibangkit, dibincangkan dan diputuskan melalui pelbagai mesyuarat dan pertemuan serta sidang kemuncak ASEAN nanti,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan